Iconic Worldwide siapkan hab komersial bernilai RM127.81 juta
Category: News
Published: Friday, 02 September 2022

Pembangunan bercampur itu yang dilanggan sepenuhnya, adalah projek komersial pertama di Simpang Ampat yang menawarkan pejabat kedai berkembar dan separa-berkembar dengan lif tersendiri secara bersama.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM127.81 juta, Iconic Point adalah projek usaha sama 65:35 antara Iconic Maison Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IWB dengan Iconic Development Sdn Bhd, anak syarikat Iconic Group.
Iconic Point merentasi tanah seluas 8.7 ekar dan mempunyai 49 pejabat kedai pegangan bebas, dengan keluasan binaan 4,350 kaki persegi untuk pejabat kedai berkembar tiga tingkat dan pejabat kedai berkembar seluas 5,556 kaki persegi.
Pengarah Urusan IWB, Datuk Seri Tan Kean Tet, berkata pihaknya berbesar hati untuk mewujudkan hab gaya hidup baharu di Simpang Ampat.
"Kami berjaya menerima maklum balas positif daripada cawangan jenama antarabangsa di Iconic Point seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, McDonald's, Starbucks, Family Mart dan CU Mart. Tidak lupa juga kepada penyewa kami yang lain seperti ZUS Coffee, Secret Recipe dan Watsons.
"Dengan pelbagai pilihan jenama makanan dan minuman (F&B) terkenal dan kemudahan lain, ini adalah nilai seumpamanya yang kami ingin sunti kepada Simpang Ampat kerana belum ada pembangunan komersial seperti Iconic Point di kawasan itu.
"Pembangunan ini juga menampilkan hotel butik empat tingkat di hujung lingkaran Iconic Point di mana seseorang boleh memilih untuk berehat dengan selesa ketika kekal berada dalam persekitaran dengan pelbagai kemudahan," katanya dalam satu kenyataan.
Majlis serah terima tugas itu dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Datuk Azhar Arshad; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan Adun Bukit Tambun, Goh Choon Aik.
Iconic Point terletak di lokasi strategik berhampiran persimpangan Jalan Permatang Tinggi dan Jalan Bukit Tambun, tidak jauh dari Lebuhraya Utara-Selatan.
Pembangunan ini juga terletak tidak jauh dari KTM Simpang Ampat dan berdekatan dengan kawasan perumahan yang matang.
Kumpulan itu juga dalam perancangan membangunkan projek rumah mampu milik baharu di Alma, Seberang Perai, Pulau Pinang, yang dijangka dilancarkan pada suku keempat 2022.
Projek mampu milik itu membabitkan 751 unit rumah mampu milik dan 16 unit pejabat kedai dengan GDV RM220 juta.