TEL: +603 2110 6884          EMAIL: admin@cid.my

MPCB bina 570 rumah mampu milik di Johor

Category: News Published: Friday, 10 June 2022
Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB)

KUALA LUMPUR: Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB) dan Real Trend Development Sdn Bhd (RTDSB) memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk bersama membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah skim perumahan Dasar Perumahan Rakyat Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.5 juta.

MOU itu juga membabitkan projek komersial yang terdiri daripada pejabat kedai dengan GDV sebanyak RM62.84 juta.

Kedua-dua projek itu akan ditempatkan di Plentong, Johor Bahru, kata MPCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

MPCB berkata, RTDSB mencadangkan untuk memajukan 570 unit RMMJ dalam tiga fasa dengan keuntungan bersih yang dicadangkan sebanyak RM865,779, atau 1.01 peratus daripada GDV kediaman.

Di bawah fasa satu, sebanyak 242 unit akan dibina, diikuti dengan 174 unit dalam fasa dua dan 154 unit pada fasa tiga.

Pembangunan komersial yang terdiri daripada 100 unit pejabat kedai itu dijangka menjana keuntungan bersih RM14.17 juta, iaitu 22.55 peratus daripada GDV komersial.

Kedua-dua pihak bersetuju kos pembinaan untuk pembangunan yang dicadangkan itu akan ditanggung oleh RTDSB.

MPCB ​​berkata, MOU itu dijangka mempercepatkan dan merancakkan pembangunan projek itu hasil kerjasama sinergi kepakaran, sumber dan pengalaman kedua-dua pihak.

-BERNAMA



FOLLOW US

Reach Us

CiD Realtors Sdn Bhd (1285533-A)
Unit M-02, Multi Level Building TREC,
438 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Tel: 03-21105884 / 03-21106884        
Fax: 03-21104889
Email: admin@cid.my