MPV Realty yakin tangani isu rumah tidak terjual

MPV Realty adalah firma perdagangan hartanah dan pengurusan aset.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Hew Chee Seng berkata program itu, pertama seumpamanya di Malaysia, akan menarik pelabur yang berminat untuk memiliki aset hartanah melalui amanah dan menjana pendapatan di dalam negara ini dengan pembabitan pemaju.
"Berdasarkan penilaian, aset Malaysia kini amat menarik berbanding dengan negara lain di rantau ini. Saya berpandangan sudah sampai masanya untuk meneliti perkara ini
"Matlamat kami adalah membawa dana ke dalam negara ini dan meringankan beban pemaju," katanya kepada pemberita selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman dengan RKG Klozer Trust Ltd, penyedia perkhidmatan kewangan global, di Kuala Lumpur, kelmarin.
RKG Klozer Trust bertindak sebagai pemegang amanah bagi program ABS itu di samping memudahkan proses pelaburan dan melindungi kepentingan pelabur.
Memetik data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Chee Seng berkata terdapat 30,290 unit rumah siap yang tidak terjual setakat suku ketiga 2021.
Beliau berkata justeru, ABS boleh menjadi penyelesaian kepada masalah itu, terutama bagi segmen hartanah mewah yang tidak terjual, melalui langkah dan kerjasama dengan pemaju dan pengawal selia untuk memudahkan pemilikan aset dalam kalangan warga asing.
Sebagai permulaan, program ini akan menumpukan unit kediaman di kawasan utama dan ia akan diperluas untuk merangkumi segmen komersial dan meliputi seluruh negara pada masa depan.
Naib Presiden RKG, Previn Ramanathan, berkata pembabitan syarikat itu sebagai pemegang amanah akan memberikan keyakinan kepada pelabur kerana pelaburan mereka disokong oleh aset.
RKG, yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan kekayaan, kini beroperasi di lebih 40 negara.
News source:https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/01/912072/mpv-realty-yakin-tangani-isu-rumah-tidak-terjual
Facebook:CiD Realtors, Malaysia Properties & Real Estate, Malaysia Real Estate Investment, Malaysia Real Estate Properties
Instagram:CiD Realtors
Twitter:CID Realtors