TEL: +603 2110 6884          EMAIL: admin@cid.my

LBS lancar rumah mampu milik KITA Mesra

Published: Wednesday, 24 November 2021
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San

KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan KITA Mesra, projek rumah mampu milik yang terdiri daripada 646 unit merangkumi tiga jenis hartanah iaitu rumah bandar, rumah dua tingkat dan rumah setingkat dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM309 juta.

Fasa terdahulu KITA @ Cybersouth terbukti menjadi tarikan dengan kadar pengambilan tinggi menjangkau sehingga 90 peratus bagi kesemua unit yang dilancarkan.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata KITA Mesra adalah satu lagi projek berkonsepkan 'mesra jiran' yang bakal tampil di perbandaran KITA @ Cybersouth bagi memenuhi impian rakyat memiliki rumah, ditawarkan pada harga mampu milik bagi mereka yang baru membina keluarga.

"Kami optimis di sebalik tempoh pandemik yang kini memasuki endemik, permintaan untuk pembelian hartanah akan terus meningkat dan projek ini memberi manfaat kepada pembeli dengan lingkungan harga yang berpatutan di samping nilai untuk pelaburan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.

KITA Mesra dibina di atas Tanah Rizab Melayu dengan mengenengahkan konsep terbuka, di samping ruang luar yang luas serta mengambil kira ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Kawasan ini turut dikelilingi dengan kehijauan taman ideal bagi aktiviti luar dan rekreasi bagi mewujudkan suasana kejiranan yang mesra.

Dilengkapi dengan pilihan fasiliti antaranya seperti pusat dan dewan komuniti, ruang, trek joging dan basikal, gelanggang serbaguna, taman refleksologi dan pod barbekue yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan komuniti.

Kawalan keselamatan turut diberi fokus utama, apabila KITA Mesra dilengkapi dengan CCTV, kad akses melalui pondok pengawal dan kawalan berjadual.

Kedudukannya yang berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya, di samping akses ke lebuh raya utama dan kemudahan asas menjadikan KITA Mesra sebuah bandar lestari yang moden.

Projek KITA Mesra turut tersenarai di bawah Kempen Vacci-Nation Bonanza yang dilanjutkan sehingga hujung tahun, di mana LBS memberi insentif tunai RM671,120 dan insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang mendaftar dan sudah

menerima vaksin.

Pada pusingan pertama cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21, hadiah-hadiah bernilai RM445,000 termasuk sebuah Proton X50 diberikan kepada pembeli hartanah LBS yang bertuah.

Bakal pembeli KITA Mesra berpeluang menyertai pusingan kedua cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah lumayan Proton X70, Persona, Iriz dan Exora yang dianggarkan lebih daripada RM750,000 untuk dimenangi.



Facebook:CiD Realtors,   Malaysia Properties & Real Estate,   Malaysia Real Estate Investment,   Malaysia Real Estate Properties
Instagram:CiD Realtors
Twitter:CID Realtors

Reach Us

CiD Realtors Sdn Bhd (1285533-A)
Unit M-02, Multi Level Building TREC,
438 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Tel: 03-21105884 / 03-21106884        
Fax: 03-21104889
Email: admin@cid.my