TEL: +603 2110 6884          EMAIL: admin@cid.my

Rakyat Malaysia jangka harga rumah akan meningkat menjelang Dis 2022 - Kaji Selidik Juwai IQI

Category: News Published: Thursday, 28 October 2021
Kaji selidik yang dijalankan mulai 28 Sept hingga 21 Okt 2021 turut mendedahkan pilihan pembeli telah berubah dengan mendadak semasa pandemik.- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar rakyat Malaysia berpendapat sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah atau pangsapuri kerana mereka menjangkakan harga hartanah akan meningkat menjelang Disember 2022, demikian menurut kaji selidik oleh firma teknologi hartanah, Juwai IQI.

Kaji selidik yang dijalankan mulai 28 Sept hingga 21 Okt 2021 turut mendedahkan pilihan pembeli telah berubah dengan mendadak semasa pandemik.

"Pengguna sangat positif mengenai harga rumah dalam tempoh 14 bulan akan datang. Tidak dinafikan, sesetengah pengguna berasa terdesak untuk membeli sebelum harga terus naik," kata pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah COVID-19 telah mengubah pilihan rakyat Malaysia dari segi pengaturan kehidupan mereka dengan 83 peratus responden kini merasakan pejabat rumah atau ruang belajar adalah lebih penting.

"Memiliki kediaman yang lebih besar kini lebih penting bagi 72 peratus responden manakala ruang hijau persendirian pula lebih penting bagi 68 peratus responden," katanya.

Kashif berkata pembeli rumah hari ini juga mempunyai keinginan yang kuat untuk mendapatkan ruang bekerja dari rumah kerana kawalan pergerakan yang begitu lama.

Justeru, ramai pemaju bertindak balas dengan melukis semula pelan lantai untuk projek baharu mereka.

"Dalam beberapa kes, mereka memilih untuk membina di tanah yang lebih murah supaya mereka mampu menawarkan rumah yang lebih besar," tambahnya.

Kaji selidik itu turut mendedahkan bahawa 64 peratus responden percaya tinggal berdekatan dengan pusat bandar adalah lebih penting hari ini berbanding sebelum pandemik.

"Sementara 60 peratus lagi menyatakan duduk berhampiran hospital atau klinik juga lebih penting daripada sebelum COVID-19 melanda," katanya.



Facebook: CiD Realtors,   Low Tung,   Property in Malaysia,   MALAYSIA PROPERTY - Buy / Sell / Rent,   PROPERTY MALAYSIA (FREE ADVERTISING GROUP)
Instagram: CiD Realtors
Twitter: CID Realtors

Reach Us

CiD Realtors Sdn Bhd (1285533-A)
Unit M-02, Multi Level Building TREC,
438 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Tel: 03-21105884 / 03-21106884        
Fax: 03-21104889
Email: admin@cid.my