TEL: +603 2110 6884          EMAIL: admin@cid.my

Garden Squares penuhi keperluan setiap generasi

Published: Monday, 04 October 2021
Lokasinya berdekatan dengan faktor tarikan sedia ada dan akan datang, seperti Gamuda Gardens City Center (GGCC), inisiatif penempatan Xploria dan institusi pendidikan.

KORIDOR kemajuan di utara Lembah Klang muncul sebagai sebuah kawasan tumpuan pembangunan pada masa kini dengan fokus populasi bandar kini, semakin beralih kepada pelbagai rangkaian infrastruktur yang sedia ada.

Dibina berdasarkan demografi yang semakin meluas, Gamuda Gardens menawarkan gaya hidup damai dan dikelilingi oleh alam semula jadi, tanpa mengabaikan rangkaian hubungan ke nadi pusat bandar.

Selaras pendekatannya sebagai pemaju yang berpandangan jauh, Gamuda Land mengorak selangkah ke hadapan untuk memenuhi keperluan trend masa depan, dengan pelancaran Gardens Square di Gamuda Gardens.

Pusat komersial berkeluasan 6.7 ekar itu menyediakan keperluan harian dan asas bagi kawasan lingkungan Lembah Klang Utara manakala reka bentuk lestari Gardens Square disemarakkan oleh prinsip Gamuda Land yang mementingkan perincian dalam pembangunan bandar.

Malah, lokasinya berdekatan dengan faktor tarikan sedia ada dan akan datang, seperti Gamuda Gardens City Center (GGCC), inisiatif penempatan Xploria dan institusi pendidikan.

Penolong Pengurus Besar Gamuda Gardens, Wong Siew Lee, berkata dalam menyusun perancangan sesebuah bandar seperti Gardens Square, Gamuda Land tidak hanya mempertimbangkan potensi komersial, tetapi juga keperluan generasi akan datang.

"Kelestarian adalah teras pendekatan kami, seperti dapat dilihat dalam prinsip pembangunan kami yang utama dan juga dalam Pelan Hijau Gamuda 2025," katanya.

Gardens Square merangkumi 133 kedai termasuk dua dan tiga tingkat serta lot pejabat dengan ruang terbuka yang luas.

Lorong 'al fresco' The Street dan The Alley bakal menjadi perangsang rangkaian sekitar, sementara plaza sentral yang berhadapan dengan taman utama bakal menawarkan platform untuk aktiviti kemasyarakatan.

Pusat Gardens Square direka dengan mempertimbangkan kelestarian serta lorong bebas kereta yang mengutamakan penggunaan laluan pejalan kaki dan basikal.

Kehijauan pohon merangkai yang memenuhi The Street dan The Alley serta kawasan umum, menjadi kawasan teduhan daripada sinaran matahari dan hujan serta menyejukkan suhu persekitaran melalui reka bentuk landskap yang terperinci.

Sementara itu, panel solar fotovoltaik bersepadu yang menyalurkan tenaga boleh diperbaharui dan kawasan pengecas kenderaan elektrik (EV) di zon tempat letak kereta bawah tanah, bakal memupuk penggunaan pengangkutan yang lebih mesra alam.

Nadi komersial Lembah Klang Utara



Gamuda Land juga menitikberatkan pertumbuhan bandar mandiri dengan kepesatan komersial.

Gardens Square bakal memanfaatkan lokasi Lembah Klang Utara yang strategik, dan memastikan komponen tepat telah tersedia bagi menampung demografi pelabur, perdagangan dan perumahan yang semakin meluas.

Sebagai contoh, Gamuda Gardens City Center yang berkeluasan 68 ekar, merangkumi kemudahan seperti pusat beli-belah, menara pejabat, hospital, komponen perkhidmatan hospitaliti serta sekolah antarabangsa. Selain itu, taman tema aktiviti Skyline Luge juga bakal dibuka di sini.

Kawasan ini menampilkan populasi seramai 340,000 penduduk dalam jarak 15 minit perjalanan. Keutamaan perbelanjaan isi rumah di sini termasuklah bekalan runcit, keperluan asas dan makanan khusus untuk memenuhi permintaan penduduk yang pelbagai generasi," kata Wong.

Tiga penyewa utama bakal menjadi sebahagian daripada Gardens Square, termasuk satu nama besar peruncitan yang menguasai keluasan lebih 20,000 kaki persegi.

Selain itu, sebuah francais makanan segera pandu lalu dua tingkat akan membantu untuk memacu peningkatan kedatangan pembeli walaupun dalam situasi perintah kawalan pergerakan.

Gabungan penyewa yang disasarkan ini akan memastikan kelestarian Gardens Square, dengan mengambil kira kajian oleh firma penyelidikan pasaran Stratos Consulting Group yang telah mengenal pasti perniagaan pasar raya serta operator berkonsepkan 'take away' sebagai pemangkin sektor peruncitan norma baharu.

Selain itu, inisiatif penempatan Xploria bandar Gamuda Gardens akan lebih mewarnai kehidupan komunitinya dengan tarikan menarik seperti taman tema air Big Bucket Splash, bot donat di Central Park dan aktiviti berkuda oleh 3Q Equestrian.


Reach Us

CiD Realtors Sdn Bhd (1285533-A)
Unit M-02, Multi Level Building TREC,
438 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Tel: 03-21105884 / 03-21106884        
Fax: 03-21104889
Email: admin@cid.my